Untuk beberapa tahun ini, pihak Samsung hadir dengan kemaskini keluarga Galaxy S sekitar bulan April. Namun, mengikut beberapa desas-desus yang hadir baru-baru ini, ia dikatakan telefon pintar Galaxy S5 kelak dijangka akan hadir beberapa bulan lebih awal.
Mengikut apa yang diperkatakan, Galaxy S5 dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Februari 2014 kelak, dimana mungkin dilancarkan bersempena dengan acara tahunan Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona.
Antara perkara yang dikatakan akan disertakan pada Galaxy S5 kelak adalah termasuk rekabentuk yang baru dan juga kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS pada bahagian belakang.
Salah satu sebab yang dikatakan membuatkan Samsung hadir dengan peranti baru dua bulan lebih awal berbanding kebiasaan adalah dikatakan disebabkan dengan angka jualannya yang kurang memberansangkan.
Apa pun, buat masa ini, ia hanya sekadar spekulasi sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya menjelang tarikh berkenaan kelak.