Selain Samsung, pihak LG juga bakal hadir dengan telefon dengan skrin melengkung mereka pada bulan hadapan, dinamakan sebagai G Flex. Selain beberapa info sebelum ini, kini sebuah gambar hadir memperlihatkan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.
LG sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar dengan skrin yang lebih tahan lasak, serta boleh dilenturkan. Berbanding dengan Galaxy Round, ia kelihatan LG G Flex melengkung dari sudut yang berbeza, dan membawakan skrin bersaiz 6-inci bersama-sama dengannya.
Buat masa ini, apakah fungsi baru yang akan disertakan bersama-sama G Flex masih tidak diketahui lagi.