Facebook Dilaporkan Mengambil-Alih Onavo Pada Harga Sehingga $200 Juta

Facebook Dilaporkan Mengambil-Alih Onavo Pada Harga Sehingga $200 Juta

Diterbitkan pada Okt 14, 2013 oleh .

Ingatkah anda dengan Onavo yang menawarkan sokongan untuk penjimatan data pada peranti pintar anda? Kini nampaknya syarikat disebaliknya telah diambil-alih oleh Facebook, dilaporkan harganya adalah sekitar $100 juta ke $200 juta.

Onavo Count

Onavo sebelum ini menawarkan aplikasi untuk pengguna Android dan iOS, membolehkan pengguna untuk melihat penggunaan data mereka, selain mana membolehkan pengguna untuk mengoptimasikan penggunaan peranti mereka dan menggunakan data dengan lebih efisyen.

Dengan fokus pihak Facebook akhir-akhir ini pada bahagian mudah-alih, pengambil-alihan ini semestinya salah satu perkara yang menguntungkan mereka. Perkara ini juga selari dengan pengumuman Internet.org yang mana ingin membolehkan lebih ramai pengguna seluruh dunia untuk menerima akses internet.

Ia dikatakan aplikasi berkenaan akan terus ditawarkan untuk pengguna buat masa ini, dan mungkin dengan pengambil-alihan oleh Facebook ini, mereka akan menerima akses kepada lebih banyak sumber dalam menguntungkan para pengguna.


TIPS & ULASAN