Xperia Z Ultra Versi LTE Di Malaysia Bermula 17 Oktober Ini

Xperia Z Ultra Versi LTE Di Malaysia Bermula 17 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 14, 2013 oleh .

Lanjutan daripada penawaran Xperia Z Ultra versi 3G sebelum ini, hari ini secara rasminya pihak Sony Mobile Malaysia turut sama mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan variasi LTE untuk peranti berkenaan bermula 17 Oktober ini secara rasminya.

Seperti umum sedia maklum, Xperia Z Ultra membawakan skrin bersaiz 6.4-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdraon 800 2.2GHz, kamera belakang 8-megapixel, dan didatangkan dengan sokongan untuk menulis dan membuat lakaran menggunakan sebarang pensel ataupun pen.

Menariknya, Xperia Z Ultra seperti telah menerima potongan harga, dimana versi LTE ini ditawarkan pada harga RM2199 dan hadir dalam pilihan warna hitam, putih dan juga ungu.

Selain itu, beberapa kandungan tambahan turut ditawarkan, termasuk enam filem percuma melalui Xperia Privilege antara Oktober ini hingga Disember kelak.

Baca : Ulasan Xperia Z Ultra


TIPS & ULASAN