Cari @ Amanz

Berbeza dengan sebelum ini, nampaknya melalui HTC One Max, pihak HTC memfokuskan sepenuhnya kepada tawaran perkhidmatan Google, dimana setiap peranti hadir dengan ruangan storan percuma sebanyak 50GB selama 2 tahun.

HTC One Max - Google Drive

Sebelum ini, ia dilihat pihak HTC hadir dengan tawaran ruangan daripada Dropbox untuk peranti mereka, dan kini dilihat hanya menawarkan ruangan percuma Google Drive.

Perkara ini juga mungkin memudahkan lagi para pengguna, apatah lagi Google Drive didatangkan secara terbina melalui peranti Android terbaru.

Dengan tawaran percuma sebanyak 50GB, ia menjadikan jumlah storan keseluruhan setiap pengguna yang diterima secara percuma adalah sebanyak 65GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd