Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan HTC One Max, ia turut didatangkan bersama-sama HTC Sense 5.5 yang mana menyertakan beberapa pembaharuan untuk antaramuka yang sinonim dengan peranti keluaran HTC.

Salah satunya adalah skrin utama pada peranti berkenaan – HTC Blinkfeed. Melalui Sense 5.5, salah satu pembaharuan adalah kebolehan untuk mematikan HTC Blinkfeed bagi mereka yang tidak mengemari sokongan tersebut.

HTC Blinkfeed

HTC Blinkfeed

Menurut HTC, seramai 75% pengguna meminati fungsi tersebut, dan dilihat mereka membawakan lebih banyak kawalan untuk sokongan tersebut. Salah satunya adalah menu akses pada bahagian kiri, memudahkan pengguna untuk melompat ke sesuatu penerbitan sahaja, ataupun melihat kemaskini dari sesuatu laman dengan lebih mudah.

Disamping itu, pihak HTC juga turut menyertakan fungsi “Read it Later” dan juga sokongan untuk pembacaan secara luar-talian melalui Blinkfeed.

Bagi mereka yang ingin membaca kandungan daripada pelbagai negara, kini Blinkfeed menawarkan kemudahan untuk menambah sehingga 4 edisi (setiap edisi dioptimasikan untuk sesuatu negara), dan mengikuti perkembangan dengan mudah terus daripada skrin hadapan.

Pengguna juga kini diberikan kemudahan untuk menambah kandungan yang diminati mereka, dengan hanya melakukan sesuatu carian kandungan berdasarkan kata kunci, dan mengikuti sebarang kandungan yang diterbitkan berkenaan kata kunci tersebut pada peranti masing-masing.

HTC Sense 5.5 dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna peranti HTC sedia ada tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd