Cari @ Amanz

Melalui HTC Sense 5.5, selain penambah-baikkan untuk HTC Blinkfeed, fungsi HTC Zoe juga turut dibawakan dengan beberapa sokongan baru. Salah satunya adalah kebolehan untuk membuat animasi GIF dengan mudah, dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Selain daripada kebolehan membuat animasi GIF, pengguna juga turut ditawarkan dengan sokongan untuk membuang objek yang tidak diingini (seperti pada BB10 dan Nokia Lumia), sequence shot, dan juga Always Smile.

Pada masa yang sama, untuk HTC One Max, pihak HTC turut sama menyertakan beberapa sokongan tambahan untuk bahagian kamera, dan salah satunya adalah DualShot, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar menggunakan kamera hadapan dan belakang pada masa yang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd