BBM Untuk Android Dan iOS Akan Hadir Dalam “Beberapa Hari Lagi”?

BBM Untuk Android Dan iOS Akan Hadir Dalam “Beberapa Hari Lagi”?

Diterbitkan pada Okt 15, 2013 oleh .

BlackBerry Messenger untuk platform Android dan iOS telah diperkenalkan sebelum ini, tetapi terpaksa ditarik semula kerana beberapa perkara. Setelah dinantikan sekian lama, kini ia diperkatakan yang mana aplikasi berkenaan akan diperkenalkan semula dalam “beberapa hari lagi”.

Sebelum ini, pada tiga minggu yang lepas, pihak Blackberry telah melancarkan BBM untuk iOS, selain versi Android yang tertiris ke arena web. Tidak diketahui sebab sepenuhnya, pihak BlackBerry mengatakan aplikasi versi Android yang tertiris memberikan kesan serius kepada pelayan mereka, dan terpaksa menangguhkan pengenalannya.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diketahui. Sama-sama kita nantikan apakah pihak BlackBerry akan menerbitkannya kepada umum dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN