Cari @ Amanz

Google telah pun mula mengimplementasikan penggunaan format gambar WebP pada beberapa perkhidmatan web mereka, termasuk mengaktifkannya pada pelayar web Chrome. Namun, seperti semua sedia maklum, pelbagai perisian masih belum menyokongnya buat masa ini.

Sebagai contoh, apabila anda melayari laman Google Play menggunakan Google Chrome, semua gambar yang dipaparkan menggunakan format WebP, dan mungkin agak sukar sekiranya anda ingin menyimpan gambar untuk digunakan pada sesuatu masa kelak.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu extension adalah “Save Image As PNG” untuk Google Chrome. Ia tidak diketahui bagaimanakah teknologi disebaliknya berfungsi, tetapi daripada apa yang dilihat ia gambar dapat disimpan dalam format PNG dengan mudah menggunakannya.

Save Image As PNG

Selain daripada penggunaan perkara ini, satu lagi cara lain untuk menyimpan gambar dalam format asal adalah dengan menggunakan pelayar web selain daripada Google Chrome, ataupun mengubah User Agent untuk Chrome anda supaya ia berhubung dengan pelayan web sebagai pelayar web berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd