FourSquare walaupun kurang digunakan dalam mendaftar masuk lokasi akhir-akhir ini, namun ia masih aktif digunakan untuk mencari beberapa lokasi menarik menggunakannya. Mengambil kelebihannya, kini pihak FourSquare memperkenalkan sokongan pengiklanan mereka kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Menggunakan platform pengiklanan FourSquare Ads, pemilik perniagaan boleh mengiklankan produk mereka kepada umum, sekaligus menarik lebih ramai untuk hadir ke kedai mereka.
Sebelum ini, platform pengiklanan mereka hanya memfokuskan kepada syarikat besar dan terpilih sahaja, dan semestinya pengenalan ia untuk semua ini akan sekaligus memberikan saingan positif untuk penyedia perkhidmatan yang lain.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan platform pengiklanan FourSquare ini? Adakah ia akan memberikan saingan kepada Google ataupun sebaliknya?