Dalam usaha untuk terus hadir sebagai negeri mesra teknologi hijau, kini ia dilihat Melaka mensasarkan untuk menjadi yang pertama dalam menggunakan kenderaan elektrik untuk semua agensi dan juga jabatan kerajaan negeri berkenaan.
Ia dikatakan kenderaan elektrik ini akan dibeli secara berperingkat dan bukannya sekaligus, selain mana perkara sama juga dijangka akan dilaksanakan untuk kenderaan Exco negeri.
Kenderaan elektrik boleh dikatakan semakin menjadi perbualan ramai, disamping turut mula digunakan pemandu seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, beberapa pusat pengecasan telah disediakan dibeberapa lokasi utama, untuk pengguna mengecas kereta elektrik mereka.
Dengan usaha negeri Melaka ini, mungkinkah kelak kita akan dapat melihat lebih banyak negeri mengambil langkah yang sama?