Angry Birds Go! – Permainan Ala “Mario Kart” Akan Datang Pada 11 Disember

Angry Birds Go! – Permainan Ala “Mario Kart” Akan Datang Pada 11 Disember

Diterbitkan pada Okt 15, 2013 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, pihak Rovio pernah berkongsi akan mengenai permainan yang memfokuskan kepada genre perlumbaan daripada mereka, dinamakan sebagai Angry Birds Go!. Kini, mereka turut berkongsi akan sebuah video teaser, termasuk tarikh pelancarannya.

Melalui video permainan yang dikongsikan, ia kelihatan ala-ala seperti Mario Kart, membawakan grafik yang menarik dan menggunakan watak-watak popular Angry Birds sedia ada.

Permainan ini bakal dilancarkan kepada pengguna Android dan juga iOS pada 11 Disember kelak, dan tidak diketahui lagi bilakah akan hadir ke platform yang lain.

Jadi, mungkinkah fenomena Angry Birds akan kembali dengan permainan terbaru mereka ini?


TIPS & ULASAN