Seperti mana yang dikatakan sebelum ini, hari ini Apple telah mula menghantar jemputan media mereka kepada media-media antarabangsa, untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 22 Oktober kelak (waktu Malaysia 23 Oktober).
Pada acara berkenaan, pihak Apple dijangka akan memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu iPad generasi baru dan juga iPad Mini 2. Selain itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan sistem operasi Mac OS X Mavericks mereka kepada umum pada tarikh yang sama.
Mengikut spekulasi awal, tablet daripada Apple kelak dijangka akan turut sama dilengkapi cip pemprosesan 64-bit, selain mana membawakan sokongan TouchID bersama-sama dengannya. iPad Mini pula dijangka akan dilengkapi dengan skrin Retina padanya.
Seperti biasa, kami di Amanz akan membawakan kemaskini langsung pada tarikh berkenaan.