Amazon Dikatakan Bekerjasama Dengan HTC Untuk Hadir Dengan Telefon Pintar

Amazon Dikatakan Bekerjasama Dengan HTC Untuk Hadir Dengan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Okt 16, 2013 oleh .

HTC sedia bekerjasama dengan Facebook dalam mengeluarkan telefon pintar khas untuk Facebook, dan kini ia dikatakan HTC turut sama bekerjasama dengan Amazon untuk hadir dengan telefon pintar Amazon.

Amazon sendiri telah sedia mengeluarkan tablet mereka dan menawarkan kepada umum, dan pelbagai spekulasi telah mengatakan yang mana Amazon akan hadir dengan telefon pintar mereka tersendiri.

Ia dikatakan sebanyak tiga telefon pintar berbeza dalam pembangunan oleh Amazon, dan salah satunya yang dikeluarkan oleh HTC dilaporkan hampir siap dibangunkan.

HTC sendiri boleh dikatakan menghadapi cabaran sengit daripada ramai pengeluar akhir-akhir ini, terutamanya daripada Samsung. Namun, dari segi kualiti, pihak HTC sering dipuji, termasuk mereka sedia mempunyai lesen untuk beberapa paten daripada pihak Apple dan juga Microsoft.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas perkara ini.


TIPS & ULASAN