Terdapat pelbagai gajet pelengkap yang memfokuskan kepada fungsi sebagai tracker untuk mereka yang gemar bersukan dan membuat beberapa perkara yang seumpamanya. Terkini, hari ini pihak Nike memperkenalkan tracker mereka tersendiri, dikenali sebagai FuelBand SE.
FuelBand sedia menawarkan sokongan untuk melihat beberapa data secara visual, seperti langkah perjalanan yang dilakukan setiap hari, mengira aktiviti anda dan sebagainya. Tracker seumpamanya membolehkan pengguna menetapkan sasaran harian mereka, disamping memotivasikan mereka dalam pelbagai aktiviti sihat untuk dilaksanakan setiap hari.
Melalui FuelBand SE, Nike membawakan beberapa pilihan warna tambahan, serta boleh mengenal pasti beberapa aktiviti yang berbeza dengan lebih baik. Ia juga turut dilengkapi dengan Sleep Tracking yang mana mula ditawarkan oleh beberapa tracker baru-baru ini.
FuelBand SE ini juga kalis air, dan menggunakan Bluetooth 4.0 untuk dihubungkan ke peranti iOS. Ia akan dijual di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain untuk permulaan ini, dan berharga $149 (~RM474).