100,000 Unit Telefon Xiaomi MiPhone 3 Dilaporkan Dijual Dalam Masa 83 Saat

100,000 Unit Telefon Xiaomi MiPhone 3 Dilaporkan Dijual Dalam Masa 83 Saat

Diterbitkan pada Okt 16, 2013 oleh .

Nama Xiaomi kelihatan semakin popular dari hari ke hari, apatah lagi dengan penambahan Hugo Barra sebelum ini. Terkini, melalui jualan pertama melalui laman web mereka, ia dilihat ke semua 100,000 telefon pintar MiPhone 3 habis dijual dalam masa 83 saat melalui web mereka.

Xiaomi MI3

Selain telefon, sebanyak 3000 MiTV juga dilihat habis dijual melalui web mereka dalam masa 118 saat.

Perkara ini boleh dikatakan menetapkan sebuah pencapaian baru dalam syarikat mereka, apatah lagi Xiaomi pernah dikatakan sukar untuk mencapai keseluruhan permintaan pengguna untuk mendapatkan peranti mereka.

Xiaomi MiPhone 3 adalah telefon pintar terbaru daripada Xiaomi yang mana dilengkapi dengan cip pemprosesan Tegra 4 (serta variasi Snapdragon 800), menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan juga kamera belakang 13-megapixel.

Sementara Xiaomi TV pula membawakan sokongan paparan 3D pada skrin bersaiz 47-inci, serta turut menjalankan sebuah variasi sistem operasi Android bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN