Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan pembelajaran pengaturcaraan melalui web, seperti Codecademy dan lain-lain. Terkini, satu lagi perkhidmatan seumpamanya adalah Dash yang mana menawarkan pembelajaran memfokuskan kepada HTML, CSS dan juga Javascript.

Dash

Perkhidmatan Dash ini membolehkan pengguna mendaftarkan akaun menggunakan akaun Twitter, dan kemudian memulakan pembelajaran pembangunan web secara berperingkat dari asas ke peringkat yang seterusnya.

Seperti biasa, pelbagai ganjaran seperti “lencana” dan sebagainya disediakan apabila pengguna selesai belajar sesuatu topik.

Bagi mereka yang ingin mempelajari beberapa asas mengenai pembangunan web, mungkin boleh mencuba perkhidmatan Dash hari ini.

Dash

  • Info
  • Layari : Dash
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd