Cari @ Amanz

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, kini pengguna lebih gemar untuk mengikuti perkembangan harian terus pada peranti mudah-alih mereka. Pelbagai penerbitan menyediakan aplikasi khusus mereka, dan tidak kurang juga beberapa aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk anda mengikuti perkembangan daripada pelbagai penerbitan.

Flipboard

FlipboardBercakap mengenai aplikasi yang memfokuskan kepada pembacaan berita dan artikel, Flipboard tidak boleh dilupakan. Ia membawakan bentuk pembacaan yang menyerupai majalah, disamping membolehkan pengguna turut mengikuti pelbagai perkembangan bukan sahaja daripada penerbitan kegemaran mereka, tetapi juga dari laman-laman sosial.

Selain versi mudah-alih, pembangun Flipboard juga turut menyediakan versi web mereka, melalui sokongan yang dinamakan sebagai Flipboard Magazine.

Pulse

PulseSatu lagi aplikasi menarik yang memudahkan anda mengikuti pembacaan artikel menarik dari pelbagai laman adalah Pulse. Pulse sebelum ini telah pun diambil-alih oleh LinkedIn, membolehkan pengguna untuk mengikuti sejumlah web dan melihat kandungan utama terus pada satu halaman.

Selain aplikasi mudah-alih mereka, Pulse juga turut sama menyediakan halaman interaktif berasaskan HTML5 untuk digunakan pengguna melalui pelayar web mereka.

Google Currents

Gergasi internet, Google turut sama menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna mengikuti perkembangan dari laman-laman kegemaran mereka. Namun, terlebih dahulu pemilik sesuatu penerbitan perlu mengaktifkan ia dan menyediakannya untuk pengguna umum.

Google Currents boleh dikatakan membawakan antaramuka yang amat kemas dan minimalis, serta membawakan fungsi lebih kurang menyerupai Flipboard.

Feedly

Dengan penutupan Google Reader, salah satu aplikasi yang menerima kesan positif adalah Feedly. Feedly lebih kepada memudahkan pengguna menggunakannya dalam mengikuti perkembangan daripada laman-laman kegemaran dengan melanggan RSS.

Ia membolehkan pengguna menggunakan akaun Google untuk menggunakannya, disamping menyediakan API mereka untuk membolehkan pembangun bebas hadir dengan aplikasi yang menggunakan data serupa dengan Feedly.

  • Muat Turun
  • Muat-Turun Feedly
Digg

DiggSalah satu laman popular sebelum ini yang memfokuskan kepada perkongsian kandungan adalah Digg.

Kini, dibawah pemilik baru mereka mengalami beberapa perubahan, termasuk hadir dengan aplikasi mudah-alih yang bukan sahaja memudahkan pembacaan artikel-artikel menarik yang dikongsikan di seantero web, tetapi turut sama membolehkan pengguna mengikuti perkembangan daripada laman-laman yang digemari mereka melalui integrasi langganan RSS yang disediakan pada Digg Reader.


Selain daripada kelima-lima aplikasi ini, terdapat banyak lagi aplikasi yang menawarkan fungsi lebih kurang sama. Bagi anda, apakah aplikasi kegemaran yang membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa terus melalui peranti mudah-alih anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd