Asus Malaysia Mula Menawarkan Fonepad 7 Generasi Baru – Berharga RM999

Asus Malaysia Mula Menawarkan Fonepad 7 Generasi Baru – Berharga RM999

Diterbitkan pada Okt 16, 2013 oleh .

Tablet 7-inci dengan sokongan panggilan telefoniSelepas menawarkan tablet bersaiz 7-inci dengan sokongan panggilan telefoni pada bulan April yang lepas, kini pihak Asus Malaysia menawarkan versi yang dikemaskini, dipanggil sebagai Asus Fonepad 7. Asus Fonepad 7 ini telah diumumkan pada awal September yang lepas oleh pihak Asus.

Asus Fonepad 7

Asus Fonepad 7 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560, Android 4.2 Jelly Bean serta didatangkan dengan skrin 7-inci dengan resolusi 1280×800 pixel. Tablet telefoni ini juga turut dilengkapi teknologi audio Asus SonicMaster pada bahagian hadapan.

Kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan autofokus turut disertakan untuk rakaman gambar dan video, selain mana kamera 1.2-megapixel disediakan untuk tujuan panggilan video.

Di Malaysia, Asus Fonepad 7 ini dijual pada harga RM999, memperlihatkan perbezaan RM150 berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN