Cari @ Amanz

Sony Malaysia nampaknya telah pun mengemaskini halaman Sony Store mereka, dan menyenaraikan aksesori tambahan untuk telefon pintar mereka, dan salah satunya adalah Sony SmartWatch 2. Di Malaysia, jam tangan pintar ini disenaraikan pada harga bermula RM780.

Selain daripada versi biasa, pihak Sony juga dilihat turut menyenaraikan versi dengan “Black Metal Strap” pada harga RM850.

Sony Smartwatch 2 - Sony Store

Sony Smartwatch 2 merupakan kemaskini kepada keluarga jam tangan pintar Smartwatch yang pernah ditawarkan sebelum ini, membolehkan pengguna mengikuti notifikasi dari beberapa aplikasi padanya. Smartwatch 2 juga turut dilengkapi dengan sokongan NFC dan kalis-air, serta menyokong pelbagai jenis telefon pintar Android.

Selain Smartwatch 2, Sony juga turut menyenaraikan Smart Bluetooth Handset SBH52 pada harga RM480.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd