Cari @ Amanz

Selang sehari selepas pengumuman pihak Nike, hari ini Adidas berkongsi mengenai peranti baru daripada mereka, iaitu sebuah jam tangan pintar yang memfokuskan kepada mereka yang sering berlari dan dijangka akan ditawarkan bermula 1 November ini pada harga $399 (~RM1265).

Adidas Smartwatch

Melalui jam tangan pintar daripada Adidas ini, ia membolehkan pengguna mengetahui lokasi larian (melalui integrasi GPS), kelajuan larian dan juga kadar degupan jantung. Peranti ini juga dikatakan akan didatangkan dengan ruangan storan terbina, membolehkan pengguna menyimpan lagu dan mendengarnya melalui headphone Bluetooth.

Pada masa yang sama, beberapa latihan juga dikatakan akan ditawarkan melaluinya, membolehkan mereka melatih diri bergantung kepada kadar jantung mereka.

Berbeza dengan beberapa jam tangan pintar di pasaran, ia tidak memerlukan sebarang telefon pintar untuk dihubungkan sebelum dapat berfungsi. Sebaliknya, jam tangan ini difokuskan kepada pelari dan atlit, selain turut sesuai untuk beberapa pengguna lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd