Cari @ Amanz

Sejak pengumuman nama baru untuk Android 4.4, ramai peminat Android yang menantikan pelancaran rasmi ia termasuk ingin mengetahui pelbagai fungsi baru yang akan dibawakan bersama-sama dengannya. Kini, mengikut spekulasi awal, ia dikatakan akan hadir pada 28 Oktober kelak.

Perkara ini dispekulasikan apabila akaun Twitter @KitKat berkongsi akan sebuah gambar dengan tulisan “This is it” yang mana dikatakan merujuk kepada sebuah filem didedikasikan kepada Michael Jackson dan telah dilancarkan pada 28 Oktober.

This Is It

Selain itu, ia turut dikatakan yang mana sebelum ini pihak Google telah memperkenalkan Nexus 4 pada 29 Oktober 2012 lepas, dan mungkin kita akan melihat Nexus 5 setahun selepasnya.

Jadi, mungkinkah kita akan melihatnnya pada 28 Oktober ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd