Cari @ Amanz

Pihak Intel Malaysia hari ini telah berkongsi beberapa perkara, dan salah satunya adalah berkaitan dengan peranti daripada Asus yang menjadi peranti pertama berasaskan cip Intel BayTrail yang memasuki pasaran tempatan.

Asus Transformer T100

Asus Transformer T100

Asus Transformer Book T100 ini sebelum ini telah diperkenalkan pada IDF 2013 yang lepas, dimana ia menyertakan skrin sentuh bersaiz 10.1-inci, memori 2GB RAM, sokongan mikro-HDMI dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom BayTrail. Dari segi sistem operasi, Asus Transformer Book T100 ini dijana menggunakan sistem operasi Windows 8.1.

Di Malaysia, Asus Transformer Book T100 ini dijangka akan dijual bermula esok – 18 Oktober 2013 pada harga RM1299 untuk versi 32GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd