Vivo Xplay 3S Bakal Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Paparan QuadHD

Vivo Xplay 3S Bakal Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Paparan QuadHD

Diterbitkan pada Okt 17, 2013 oleh .

Sementara ramai beranggapan yang mana paparan 1080p pada telefon pintar hari ini amat jelas dan menarik, namun, ia tidak menghentikan pengeluar telefon pintar dengan skrin yang membawakan paparan dengan resolusi lebih tinggi lagi.

Vivo Xplay

Terkini, Vivo dari China dilihat akan hadir dengan Vivo Xplay 3S yang bakal menyertakan skrin dengan paparan 2560×1440 pixel. Melengkapkannya, ia bakal dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz.

Dengan paparan 2K HD ini, ia sekaligus membawakan ketumpatan pixel pada kadar 538PPI bersama-sama dengan peranti berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar Xplay 3S ini bakal diumumkan secara rasmi. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengannya, termasuk kesannya ke atas bateri apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak.


TIPS & ULASAN