Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Windows 8.1 yang akan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam lagi, kini pihak Facebook telah pun secara rasminya menerbitkan aplikasi rasmi mereka di Windows Store.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih terhad kepada pengguna Windows 8.1 sahaja, dan pengguna Windows 8 perlu menaik taraf sistem operasi mereka sebelum dapat menggunakannya.

facebook-win81

Seperti biasa, menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi pada Facebook, termasuk galeri, permesejan, News Feed dan sebagainya. Antaramukanya juga dioptimasikan untuk paparan Windows 8.1 dan disesuaikan dengan saiz skrin besar.

Bagi mereka yang telah sedia menggunakan Windows 8.1, boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi Facebook ini pada komputer atau tablet anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd