Carian
Galaxy Round Dikatakan Hanya Peranti Prototaip – Akan Dikeluarkan Dalam Kadar Yang Terhad
October 17, 2013 Aman

Samsung pada minggu lepas telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Galaxy Round, dimana ia menyertakan skrin berbentuk melengkung bersama-sama dengannya.

Galaxy Round

Telefon pintar tersebut dikatakan akan ditawarkan ke Korea Selatan, dan kini ia dilihat ia tidak akan ditawarkan ke pasaran luar selain Korea Selatan. Malah, Galaxy Round ini dikatakan akan dikeluarkan dalam bilangan yang terhad, dan dirujuk sebagai peranti prototaip umum.

Berkemungkinan pihak Samsung sendiri mungkin ingin melihat kepada permintaan pengguna untuk peranti seumpamanya. Dari segi spesifikasi, ia membawakan persamaan dengan Galaxy Note 3, cuma tidak membawakan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya.

Selain daripada Samsung, pihak LG juga bakal melancarkan telefon pintar dengan skrin melengkung tersendiri, dan dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan.

Komen