Hari ini, pihak Microsoft telah pun menerbitkan Windows 8.1 kepada umum, membolehkan semua pengguna Windows 8 sedia ada untuk menaik-taraf pemasangan mereka kepada Windows 8.1 dengan mudah melalui Windows Store.
Windows 8.1 menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya, termasuk lebih kawalan untuk mengubah gambar latar dan juga saiz Tiles, disamping mana turut membawakan beberapa aplikasi baru bersama-sama dengannya.
Saiz fail dilihat sekitar 3.6GB, dan mungkin anda ingin menghubungkan komputer anda kepada rangkaian internet berkelajuan tinggi sebelum memulakan proses memuat-turun.
Untuk menaik taraf sistem operasi Windows 8 anda kepada Windows 8.1, buka aplikasi Windows Store anda hari ini dan mulakan proses menaik-taraf.
- Baca : Ulasan Windows 8.1 Preview