Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Iconia W3 sebagai tablet Windows bersaiz 8-inci yang pertama, kini pihak Acer turut sama memperkenalkan kemaskini kepada keluarga tablet berkenaan, dan mengumumkan Iconia W4 secara rasmi hari ini.

Acer Iconia W4

Tablet terbaru ini diumumkan pihak Acer selari dengan pengumuman Windows 8.1 oleh pihak Microsoft hari ini. Seperti biasa, Iconia W4 menyertakan cip pemprosesan Atom BayTrail 1.8GHz, dan membawakan skrin IPS LCD dengan sudut pandangan yang lebih luas berbanding W3.

Tablet ini juga turut menyertakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Acer Iconia W4

Acer Iconia W4

Bersama-sama dengan pengenalan tablet ini, pihak Acer turut hadir dengan Acer Crunch Cover yang membolehkan tablet tersebut didirikan dalam beberapa sudut berbeza, selain mana turut menyertakan papan kekunci bersaiz kecil berbanding W3 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Acer Malaysia akan mengumumkannya untuk pasaran tempatan. Selain Windows 8.1, ia juga turut hadir dengan Office Home & Student 2013.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd