Cari @ Amanz

Dengan pelbagai syarikat menyertai arena jam tangan pintar – termasuk Nissan dan juga Adidas, kini Nokia tidak ingin ketinggalan, dan dilihat telah memfailkan paten mereka tersendiri untuknya.

Nokia Watch

Daripada paten yang difailkan, ia dilihat Nokia ingin menguji jam tangan pintar dengan sokongan lebih dari satu skrin paparan, dimana setiap satunya membawakan fungsi yang berbeza-beza – mengikut apa yang ditetapkan oleh pengguna.

Seperti biasa, pemfailan paten ini boleh dikatakan hanya sebagai konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dikeluarkan secara rasminya ataupun tidak. Apatah lagi dengan pihak Microsoft yang dijangka akan selesai mengambil-alih perniagaan peranti Nokia pada 2014 kelak, mungkin kita akan melihat perubahan padanya sekiranya Microsoft meneruskan hajat dalam hadir dengan “Surface Watch”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd