Lenovo Dilaporkan Ingin Membida Untuk Mendapatkan BlackBerry

Lenovo Dilaporkan Ingin Membida Untuk Mendapatkan BlackBerry

Diterbitkan pada Okt 18, 2013 oleh .

BlackBerry sedia mencari beberapa alternatif dalam terus membolehkan syarikat tersebut berkembang, sama ada melalui pengambil-alihan ataupun melalui kerjasama strategik. Kini, ia dikatakan Lenovo merupakan salah satu pihak yang ingin membida untuk mendapatkan BlackBerry.

Pada bulan lepas, pihak Fairfax Financial telah sedia membuat tawaran bernilai $4.7 bilion kepada pihak BlackBerry, namun, sebelum tawaran tersebut diterima oleh BlackBerry, mereka diberikan sedikit tempoh dalam mencari beberapa alternatif lain.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini.

Dalam arena perkomputeran yang kini beralih ke peranti mudah-alih, semestinya apa yang dibawakan oleh BlackBerry akan berguna kepada Lenovo. Namun, ia tidak diketahui sepenuhnya sama ada pihak Lenovo akan mengeluarkan duit mereka dalam mendapatkan syarikat pengeluar peranti ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan penjualan syarikat BlackBerry ini.


TIPS & ULASAN