Nexus 5 Dilihat Menghadirkan Diri Untuk Seketika Di Google Play

Nexus 5 Dilihat Menghadirkan Diri Untuk Seketika Di Google Play

Diterbitkan pada Okt 18, 2013 oleh .

Google biasanya menawarkan telefon pintar dan tablet mereka melalui Google Play Store untuk beberapa buah negara, dan kini ia dilihat yang mana Nexus 5 yang masih belum diumumkan secara rasmi menampilkan diri untuk seketika padanya.

Nexus 5

Daripadanya, sebuah gambar jelas juga turut dikongsikan pihak AndroidPolice, memberikan idea bagaimana versi akhir peranti tersebut kelak akan kelihatan.

Mengikut penyenaraian di Google Play, Nexus 5 dengan spesifikasi 16GB dijual pada harga $349 (~RM1099). Pada paparan gambar tersebut juga, beberapa perkara yang dapat dilihat adalah termasuk perubahan daripada aplikasi permesejan kepada Google Hangout, selain ikon GMail yang baru untuk Android.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan diumumkan secara rasmi kepada umum.


TIPS & ULASAN