Cari @ Amanz

Selain pengenalan Windows 8.1 kepada umum, pihak Microsoft juga hari ini turut melancarkan aplikasi Remote Desktop mereka untuk peranti Android dan iOS, sekaligus membolehkan desktop Windows diakses melalui skrin telefon pintar atau tablet dengan mudah.

Microsoft Remote Desktop

Fungsi ini boleh dikatakan ditujukan kepada pengguna perusahaan dan perniagaan yang mana mungkin perlu mengakses komputer mereka ketika keluar dan sebagainya.

Menggunakannya, pengguna boleh mengakses desktop mereka secara remote, dan mengawalnya menggunakan skrin sentuh pada tablet dan telefon pintar mereka. Sebelum menggunakannya, pengguna juga perlu menetapkan Windows PC mereka sebagai hos, dan seterusnya sahaja pengguna boleh mengakses ia melalui peranti mudah-alih masing-masing.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma pada peranti Android dan iOS hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd