Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami telah menjadi yang terawal melaporkan mengenai Uber yang akan hadir ke Kuala Lumpur. Hari ini, nampaknya mereka telah pun membuat pra-pelancaran perkhidmatan mereka di Kuala Lumpur, selain turut hadir dengan sebuah halaman khusus untuk pengguna tempatan.

Bagi yang tidak mengenali akan Uber, ia menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, disamping menawarkan pengalaman penggunaan yang dilihat agak mewah berbanding beberapa perkhidmatan pengangkutan yang lain.

Beberapa jenis kereta digunakan di Malaysia, dan salah satunya adalah Toyota Camry.

Melalui struktur penghargaan yang dikongsikan di laman Uber Kuala Lumpur, ia dilihat mereka mengenakan caj sebanyak RM2 untuk setiap kilometer, dengan caj permulaan RM7, serta caj minima sebanyak RM13.

Uber Kuala Lumpur

Pada masa yang sama, beberapa lokasi juga dijangka akan menerima caj tetap, dimana salah satunya adalah dari Kuala Lumpur ke KLIA yang dikenakan caj sebanyak RM300.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan perkhidmatan baru ini di Kuala Lumpur?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd