Cari @ Amanz

Sony sebelum ini pernah hadir dengan sebuah tablet khas untuk digunakan di dapur, dan tidak ketinggalan Microsoft sendiri menjadikan Windows 8.1 mesra untuk digunakan di dapur. Selain kedua-duanya, kini salah seorang pelatih di Sharp hadir dengan prototaip untuk suatu papan pemotong interaktif yang dinamakan Chop-syc.

Berbanding papan pemotong berasaskan kayu atau plastik, Chop-syc dilihat sebagai sebuah tablet dengan ciri-ciri interaktif, dikhaskan untuk kegunaan di dapur. Ia menyertakan sebuah perisian khas, membolehkan pengguna bukan sahaja menggunakannya dalam menyemak resipi dan memotong, tetapi turut sama dalam memastikan penggunaan kuantiti barangan yang tepat, dan untuk menimbang kuantiti berkenaan.

Buat masa ini, Chop-syc hanya sekadar prototaip sahaja, dan tidak diketahui sama ada ia akan dipasarkan ataupun sebaliknya.

Jadi, apa kata anda? Sekiranya dipasarkan, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd