Cari @ Amanz

Nokia sedia sinonim dengan peranti berasaskan Windows Phone, dan kini mengikut laporan yang dikeluarkan oleh AdDuplex, ia dilihat yang mana peranti keluaran Nokia meliputi hampir 90% daripada peranti Windows Phone di pasaran global.

Pengeluar Windows Phone

Seperti semua sedia maklum, peranti yang paling popular dikalangan peranti Windows Phone adalah Lumia 520, dan diikuti oleh Lumia 920 dan juga Lumia 620.

Perkara ini sekaligus memberikan idea yang mana pengguna Windows Phone lebih selesa dengan peranti dengan spesifikasi asas – yang mana boleh merupakan salah satu kelebihan pihak Nokia untuk hadir dengan peranti spesifikasi asas dengan rekaan yang cantik.

Dibelakang Nokia adalah HTC ditempat kedua dengan pegangan hanya sekitar 7.7%, dan diikuti oleh Samsung dan juga Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd