Apple Mengumumkan Program Menggantikan Pemacu Storan Flash Pada Beberapa MacBook Air

Apple Mengumumkan Program Menggantikan Pemacu Storan Flash Pada Beberapa MacBook Air

Diterbitkan pada Okt 19, 2013 oleh .

Apple hari ini mengumumkan yang mana beberapa pemacu storan pada MacBook Air yang dijual antara Jun 2012 hingga Jun 2013 menghadapi masalah (model 64GB dan juga 128GB), dan kini mengumumkan program untuk menggantikan semulanya.

MacBook Air - WWDC 2013

Untuk menyemak sama ada MacBook Air yang dibeli anda pada tempoh tersebut mengalami masalah ataupun sebaliknya, pengguna boleh ke Mac App Store, dan memasang MacBook Air Flash Storage Firmware Update 1.1. Ia akan menyemak sama ada pemacu storan anda terkesan dengan masalah ini ataupun sebaliknya.

Sekiranya ya, anda akan dibawa ke sebuah halaman khas untuk meminta anda membuat salinan data-data pada komputer riba, dan seterusnya meminta ia dibawa ke pengedar berdekataan untuk mengantikan pemacu berkenaan.


TIPS & ULASAN