Cari @ Amanz

Google melalui DoubleClick hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Facebook, membolehkan para pengiklan mereka untuk membuat pembidaan dan pembelian iklan di Facebook (FBX) melalui terus melalui perkhidmatan DoublieClick milik Google.

Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi oleh pihak Google pada DoubleClick Bid Manager.

DoubleClick Bid Manager sebelum ini telah memudahkan para pengiklan dan agensi untuk membeli dan memaparkan iklan di beberapa laman utama di arena web. Namun, dengan hadirnya Facebook, ia membuatkan ramai yang mencari beberapa alternatif lain untuk mengiklan disana.

Dengan pengenalan sokongan FBX di DoubleClick, ia akan memudahkan proses pengiklanan oleh agensi, disamping pada masa yang sama menguntungkan pihak Facebook dan juga Google.

Selain Google, terdapat beberapa nama besar yang lain turut menyertakan Facebook Exchange dalam memudahkan proses pembelian iklan di Facebook dilakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd