Twitter Mungkin Akan Menamatkan Aplikasi “Twitter Music”?

Twitter Mungkin Akan Menamatkan Aplikasi “Twitter Music”?

Diterbitkan pada Okt 20, 2013 oleh .

Twitter MusicTwitter Music telah diperkenalkan lebih kurang enam bulan yang lepas, dan masih belum dilancarkan untuk pengguna tempatan sehingga ini. Kini, mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan pihak Twitter mungkin akan menamatkan sokongan untuk aplikasi berkenaan.

Twitter Music dilihat membolehkan pengguna untuk mengikuti artis-artis kegemaran mereka, disamping menemui pelbagai lagu-lagu baru menggunakannya. Beberapa rakan kerjasama turut telah diumumkan untuknya, termasuk Rdio dan juga Spotify.

Pihak Twitter mungkin ingin menamatkannya kerana tidak ramai yang menggunakan aplikasi berkenaan, ataupun mungkin kerana sebab-sebab tertentu.

Twitter Music

Buat masa ini, pihak Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN