Cari @ Amanz

Xperia Z1 sSony telah pun sedia mengumumkan Xperia Z1 f untuk pasaran Jepun, dimana ia merupakan salah satu telefon pintar Xperia Z1 bersaiz mini. Dengan pengumumannya tempoh hari di Jepun, ramai pengguna seluruh dunia yang tidak sabar untuk turut mendapatkan telefon berkenaan di negara masing-masing.

Kini, @EVLeaks yang sedia hadir dengan pelbagai info awal jauh sebelum dilancarkan, telah berkongsi sebuah gambar peranti baru daripada Sony, dinamakan sebagai Xperia Z1S.

Peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini, dan mungkin kita akan melihat ia dilancarkan ke pasaran global tidak lama lagi.

Sebelum ini, Sony Xperia Z1 f telah diumumkan, membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan Triluminus HD, cip Qualcomm Snapdragon 800, memori 2GB RAM, bateri 2300mAh, dan kamera belakang 20.7-megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd