Cari @ Amanz

Teknologi seumpama Google Glass telah hangat diperkatakan sejak tahun lepas, dan beberapa topi keledar turut hadir dengan sokongan lebih kurang menyerupainya. Terkini, salah satunya adalah Skully Helmets.

Skully Helmets membawakan bukan sahaja sokongan navigasi, tetapi topi keledar yang menggunakan sistem operasi berasaskan kepada Android ini turut dilengkapi dengan kamera belakang, disamping membolehkan pengguna mengikuti pelbagai notifikasi daripada telefon pintar dengan mudah.

Topi keledar ini turut menggunakan kawalan menggunakan arahan suara untuk membuat beberapa kawalan asas, seperti memainkan lagu dan sebagainya. Mengikut apa yang dikatakan pihak Skully, bateri yang didatangkan terbina pada topi keledar berkenaan dijangka boleh digunakan selama lebih kurang 9 jam.

Topi keledar ini juga dikatakan boleh dihubungkan bukan sahaja kepada peranti Android, tetapi turut sama menyokong peranti iOS.

Buat masa ini, harganya tidak diketahui lagi dan dijangka akan mula dijual dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd