Ikon Baru Untuk Aplikasi iWork Dan iLife Diperlihatkan – GarageBand Bakal Hadir Sebagai Aplikasi Percuma

Ikon Baru Untuk Aplikasi iWork Dan iLife Diperlihatkan – GarageBand Bakal Hadir Sebagai Aplikasi Percuma

Diterbitkan pada Okt 21, 2013 oleh .

Apple bakal mengadakan acara khas mereka pada lewat malam esok, dan kini ia kelihatan mereka telah menguji beberapa perubahan pada laman rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan rekabentuk ikon baru untuk aplikasi iWork dan juga iLife.

Ikon Aplikasi iOS7

Melalui rekabentuk ikon baru, ia selari dengan rekaan tema iOS 7. Seperti semua sedia maklum, pihak Apple sedia mengumumkan yang mana aplikasi iLife dan iWorks akan ditawarkan secara percuma untuk pembeli peranti baru.

Menyertai aplikasi percuma ini adalah GarageBand, dimana sebagai tambahan, pihak Apple dilihat akan membawakan sokongan pembelian dalam aplikasi untuk beberapa fungsi tambahan.

Apple dijangka akan mengumumkan kemaskini ini secara rasmi pada acara yang dijadualkan pada awal pagi 23 Oktober ini, dimana selain daripadanya, Apple juga bakal memperkenalkan tablet generasi baru mereka.


TIPS & ULASAN