Nokia “Guru” Tertiris – Adakah Pemain Audio Daripada Nokia?

Nokia “Guru” Tertiris – Adakah Pemain Audio Daripada Nokia?

Diterbitkan pada Okt 21, 2013 oleh .

Nokia bakal mengadakan acara Nokia World esok, dan seperti pernah dikongsikan oleh @evleaks sebelum ini, kita sedia maklum yang mana pihak Nokia akan hadir dengan sebuah phablet dan juga sebuah tablet. Nokia dikatakan akan hadir dengan hampir enam peranti baru pada acara berkenaan, dan kini dilihat “Nokia Guru” merupakan salah satu daripadanya.

Nokia Guru

Menyerupai iPod ShuffleMelalui gambar yang dikongsikan oleh @evleaks, peranti ini dilihat sebagai sebuah pemain audio ringkas, dimana menyertakan sokongan NFC untuk menghubungkan telefon pintar atau speaker, disamping menggunakan port berasaskan mikroUSB untuk pengecasan dan menghubungkan ia ke komputer.

Maklumat penuh mengenai peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini, dan mungkin akan terjawab pada acara khas Nokia yang akan diadakan esok.


TIPS & ULASAN