Cari @ Amanz

Kurang 12 jam lagi, pihak Nokia bakal mengadakan acara media mereka mengumumkan beberapa peranti baru. Mengikut laporan awal, ia dikatakan sebanyak enam peranti baru bakal diumumkan, dan kini satu lagi gambar peranti baru tertiris, dinamakan sebagai Lumia 1320.

Nokia Lumia 1320

Daripada gambar yang dikongsikan @evleaks, ia tampak sebagai sebuah peranti versi bajet daripada Nokia, tetapi menyertakan skrin bersaiz besar bersama-sama dengannya. Ia juga dilengkapi dengan Windows Phone 8 Update 3 yang mana menyertakan lajur ketiga pada paparan skrin utama.

Selain Lumia 1320 ini, pihak Nokia turut dijangka bakal memperkenalkan phablet mereka – Lumia 1520 dan juga tablet berasaskan Windows RT – Lumia 2520.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd