Cari @ Amanz

uproxySelain daripada Project Shield, hari ini juga pihak Google melalui Google Ideas memperkenalkan satu lagi projek yang disokong mereka dan dalam proses pembangunan, dinamakan sebagai uProxy.

uProxy merupakan salah satu extension untuk pelayar web, yang mana membolehkan rakan-rakan anda menyediakan laluan sambungan internet ke web, sekaligus melindungi talian internet daripada dipantau ataupun disekat.

Seperti Project Shield, ia juga memfokuskan kepada kebebasan bersuara, memudahkan anda yang berada dimana-mana untuk berkongsi talian bersama dengan rakan yang dipercayai.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mencuba dan membantu dalam pembangunannya di laman rasmi uProxy.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd