Nokia Hadir Dengan Tablet Windows RT – Lumia 2520

Nokia Hadir Dengan Tablet Windows RT – Lumia 2520

Diterbitkan pada Okt 22, 2013 oleh .

Bersama-sama pengenalan phablet pertama Nokia, pengeluar telefon tersebut juga turut hadir dengan tablet Windows RT pertama mereka, dinamakan sebagai Nokia Lumia 2520.

Dari segi rekabentuk, Lumia 2520 membawakan elemen rekaan seumpama beberapa peranti Lumia yang lain. Tablet ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, membawakan sokongan rangkaian LTE, dan membawakan skrin bersaiz 10.1-inci (Gorilla Glass 2).

Tablet ini juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 6.7-megapixel dengan optik Zeiss serta kamera hadapan 2-megapixel.

Seperti pengenalan peranti Nokia yang lain, tablet ini akan didatangkan dengan aplikasi Flipboard, aplikasi pemetaan daripada pihak Nokia – iaitu HERE Maps dengan sokongan offline, selain aplikasi biasa bersama Windows RT iaitu Microsoft Office. Sokongan lain seperti NFC turut disertakan bersama-sama dengannya.

Tablet Nokia Lumia 2520 akan ditawarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan secara berperingkat ke negara-negara lain seluruh dunia.


TIPS & ULASAN