Nokia Lumia 1320 – Phablet Daripada Nokia Pada Harga Rendah

Nokia Lumia 1320 – Phablet Daripada Nokia Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada Okt 22, 2013 oleh .

Lebih kurang menyerupai Nokia Lumia 1520, pihak Nokia turut sama melancarkan Nokia Lumia 1320 yang mana turut sama menyertakan skrin bersaiz 6-inci, tetapi membawakan spesifikasi yang agak kurang dan dijual pada harga lebih rendah.

Nokia Lumia 1320

Nokia Lumia 1320 ini menyertakan skrin 720p yang dibangunkan menggunakan Gorilla Glass 3, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.7GHz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 0.3-megapixel, serta dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE.

Peranti ini dilihat lebih ditujukan ke negara-negara membangun, dan bagi mereka yang gemar menonton video menggunakan telefon pintar mereka.

Lumia 1320 ini bakal dijual di negara-negara sekitar Asia dalam variasi warna jingga, kuning, hitam dan putih bermula awal 2014 kelak.


TIPS & ULASAN