Kemaskini Windows RT 8.1 Diterbitkan Semula Di Windows Store

Kemaskini Windows RT 8.1 Diterbitkan Semula Di Windows Store

Diterbitkan pada Okt 22, 2013 oleh .

Beberapa hari yang lepas, pihak Microsoft telah menarik kembali kemaskini Windows RT 8.1 daripada Windows Store, disebabkan beberapa pengguna yang melaporkan masalah ketika proses menaik-taraf peranti Windows RT mereka. Kini, selepas beberapa hari, ia dilihat Microsoft telah menerbitkan semula Windows RT 8.1 di Windows Store.

Masalah yang dilaporkan sebelum ini dilihat telah diatasi oleh pihak Microsoft, sekaligus membolehkan pengguna yang masih belum mengemaskini komputer RT mereka untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Melalui kemaskini Windows RT 8.1, ia menyertakan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan untuk mengubah saiz Tiles, lebih kawalan dalam mengubah paparan komputer, dan beberapa tetapan lain yang menarik bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna yang belum memuat-turunnya, boleh memuat-turun dan menaik-taraf komputer anda hari ini.

Baca : Ulasan Windows 8.1


TIPS & ULASAN