Cari @ Amanz

Nampaknya, Microsoft tidak ingin ketinggalan dalam arena kaca mata pintar, dan kini ia dilaporkan yang mana gergasi perkomputeran tersebut sedang menguji prototaip kaca mata pintar seumpama Google Glass.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui sepenuhnya. Dengan pengambil-alihan bahagian peranti Nokia, semestinya ia akan membantu pihak Microsoft untuk hadir dengan pelbagai jenis peranti menarik termasuk kaca mata pintar ini.

Selain daripada kaca mata pintar, Microsoft juga pernah dikatakan sedang menguji jam tangan pintar mereka tersendiri.

Arena peranti pelengkap ini kini dilihat semakin menarik perhatian ramai. Samsung sedia hadir dengan jam tangan pintar Galaxy Gear mereka, selain ura-ura awal telah mula mengatakan Samsung akan hadir dengan kaca mata pintar mereka pada tahun hadapan.

Menurut penganalisa, produk seumpama Google Glass ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin akan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sebelum ia digunakan dengan meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd