Apple AppStore Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Aplikasi

Apple AppStore Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Aplikasi

Diterbitkan pada Okt 23, 2013 oleh .

Mengambil pentas utama hari ini, Tim Cook mengumumkan secara rasmi yang mana angka aplikasi di AppStore telah pun mencapai 1,000,000 aplikasi. Perkara ini memperlihatkan penambahan sebanyak hampir 100,000 aplikasi sejak WWDC 2013 yang diadakan pada bulan Jun lepas.

Apple Event - Tim Cook

Apple Event - Tim Cook

Selain daripada itu, Apple juga turut mengumumkan yang mana sebanyak lebih 60 bilion aplikasi telah dimuat-turun oleh pengguna peranti iOS seluruh dunia.

Pihak Apple juga turut berkongsi beberapa statistik lain, disamping turut mengatakan yang mana kini lebih 200 juta peranti seluruh dunia menjalankan sistem operasi iOS 7. Angka ini dikatakan dicapai dalam tempoh lima hari sejak platform operasi baru tersebut diperkenalkan.


TIPS & ULASAN