MacBook Pro Dikemaskini – Menyertakan Cip Haswell Dan Thunderbolt 2

MacBook Pro Dikemaskini – Menyertakan Cip Haswell Dan Thunderbolt 2

Diterbitkan pada Okt 23, 2013 oleh .

Apple selain mengumumkan sistem operasi OS X Mavericks yang akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna mereka, Apple juga turut mengemaskini keluarga komputer riba Macbook Pro dengan beberapa ciri-ciri baru.

Apple Event - Macbook

Apple Event - Macbook

MacBook Pro baru ini kini hadir dengan paparan skrin Retina, selain mana lebih nipis dan ringan berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ia kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Haswell yang mana sekaligus menyumbang penggunaan bateri yang lebih baik.

Sokongan grafik Iris daripada Intel dan juga teknologi Thunderbolt 2 juga dilihat didatangkan bersama-sama dengan kemaskini baru ini.

Komputer riba ini dikatakan boleh didapati bermula hari ini. Mungkin kita akan dapat melihat kemaskini pada Apple Store Malaysia dalam beberapa minit lagi.


TIPS & ULASAN